Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud memberitahu, pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines yang dijadualkan ke Beijing.
Pendedahan itu muncul hanya beberapa jam selepas beliau menafikan laporan akhbar bahawa radar tentera mengesan MH370 berpatah balik dan terbang ke arah Selat Melaka.
Bercakap dalam sidang media petang ini, Rodzali berkata pesawat tidak dikenali itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu, selang kira-kira 45 minit selepas MH370 hilang dari skrin kawalan udara.
Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.