Ping.sg APMM tidak jumpa petunjuk baru di lokasi pesawat terbang rendah | Kongsi Info

APMM tidak jumpa petunjuk baru di lokasi pesawat terbang rendah

Tiada penemuan terbaru selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjalankan tinjauan udara hari ini di lokasi didakwa penduduk melihat pesawat terbang rendah sekitar Pulau Kapas, kata Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish.
Ketua pengarah APMM itu berkata, sepanjang tinjauan dan operasi yang bermula jam 8.30 pagi, mereka tidak mendapati sebarang petunjuk dan penemuan baru.
"Tiada petunjuk dan penemuan baru sepanjang operasi hari ini," katanya pada sidang media di pangkalan APMM, Tok Bali, Pasir Puteh petang ini.
Beliau berkata, operasi hari ini meliputi perairan Laut Cina Selatan termasuk sekitar Pulau Kapas di mana beberapa penduduk mendakwa melihat kelibat pesawat terbang rendah.
http://www.kongsiresepi.com/read/7029/1231/ Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my