Kisah ini
mengejutkan ramai pihak terutamanya para jutawan kerana di usia 17
tahun,remaja lelaki ini berjaya meraih pendapatan sebanyak RM250 Juta
dalam satu masa ketika dia sedang menikmati makan tengahari.
Mohammed Islam yang berasal dari Queens merupakan seorang yang pakar dalam permainan saham.Dipetik dari New York Magazine, remaja yang bersekolah di Stuyvesant High School ini masih bersekolah dan sebulan lagi akan tamat.
Setelah
mendapat wang sebanyak itu,dia lantas membeli sebuah BMW walaupun belum
memiliki lesen kerana umurnya yang belum melepasi had.Dia juga
dikatakan menyewa sebuah apartment mewah di Manhattan.Namun orang tuanya
yang merupakan imigran dari kawasan Asia Selatan tidak membenarkannya
meninggalkan rumah sebelum mencecah umur matang.
“Apa yang membuat dunia ini berputar?”, sebuah pertanyaan yang dilontarkan kepada Islam dalam sebuah sesi wawancara.
“Wang,”
katanya. Jika wang tidak berputar, jika bisnes tidak sukses, maka tidak
akan ada inovasi, tidak ada produk, dan tidak ada pekerjaan.