Rakaman
percakapan dipercayai antara juruterbang pesawat AirAsia Indonesia
QZ8501 dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) Juanda, Surabaya dibocorkan oleh
seorang pengguna internet menerusi aplikasi SoundCloud.
Dalam rakaman
audio berdurasi lebih 20 minit itu dengan tajuk ‘ATC PK AXC-QZ8501
201412272225Z’ didapati dimuat naik oleh seorang pengguna dengan ID
"digitizing" pada Sabtu lalu, iaitu selepas Kementerian Perhubungan
republik itu membekukan kebenaran terbang pesawat AirAsia ke
Surabaya-Singapura.
Sumber dalaman
Kompas.com yang enggan dikenali turut mengesahkan rakaman itu adalah
asli iaitu antara ATC Juanda dengan juruterbang berdasarkan lalu lintas
pesawat yang dikawal pagi hari kejadian (28 Disember lalu).
Pada minit
ke-10 terdengar suara daripada seorang daripada juruterbang AirAsia
Indonesia QZ8501 (dengan panggilan Wagon Air 8501) yang memberitahu
kedudukan di terminal A9 dengan nombor pendaftaran PK-AXC (Alpha X-ray
Charlie) bersama jumlah penumpang dan tujuan ke Singapura.
Percakapan itu antaranya:
AWQ8501: "Tower, Wagon Air eight five zero one good morning..."
Tower: "Wagon Air 8501 good mornig Juanda Tower, go ahead..."
AWQ8501:
"Eight five zero one (nombor pendaftaran) alpha x-ray charlie parking
stand Alpha Niner (A9) destination Singapore POB (passenger on board)
one six one, request push and start, wagon air eight five zero one..."
Tower:
"Wagon Air eight five zero one parking stand number Alpha niner
Pushback and start approved heading west runway one zero, exit sierra
two..."
Bagaimanapun,
tidak lama kemudian, pada minit keempat, QZ8501 meminta izin ke ATC
untuk menuju ke landasan sebelum ATC mengarahkan QZ8501 ke laluan 10
yang sedang digunakan ketika itu.
Pada minit
ketujuh, ATC kemudian memberikan kebenaran untuk berlepas kepada QZ8501
melalui airways M635 dengan ketinggian 24,000 kaki.
"Wagon Air
eight five zero one clear to Singapore, mike six three five level two
four zero initial, RAMPY one alpha departure squawk number seven zero
zero five," kata petugas ATC yang bersuara wanita itu. - Kompas.com
Rakaman tersebut boleh didapati di laman tertera dibawah dan kemungkinan akan dipadam dalam masa terdekat
Link >>Rakaman QZ8501