Port
Dickson: Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang
dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10
batu nautika dari pantai di sini, semalam.
Penemuan
kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam
usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia
(MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan
sejak awal Sabtu lalu.
Nelayan Azman
Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit
sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul
ombak.
Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes
kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu
dengan lebih dekat.
"Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya, ketika dihubungi semalam.
Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar
menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam.
"Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan
bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat.
"Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi
petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan
‘boarding’ pada permukaan objek itu.
"Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya.
Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu
diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung
kerja menangkap ikan.
Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan
sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat
penemuan itu.
Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatka