Vietnam
hari ini mendedahkan bahawa ia nampak pesawat MH370 berpusing balik ke
arah barat pada Sabtu lalu dan memaklumkan kepada pihak berkuasa
Malaysia pada hari sama tetapi tidak menerima sebarang maklum balas.Pendedahan itu dibuat kerana pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu kini beralih ke arah barat laut menuju Laut Andaman hari ini, jauh daripada laluan yang ditetapkan untuk kapal terbang itu.
“Kami beritahu Malaysia pada hari kami terputus hubungan dengan pesawat itu bahawa kami nampak pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat tetapi Malaysia tidak menjawab,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu yang dipetik oleh AFP hari ini.

