Gambar
kapal pemusnah peluru berpandu USS Kidd di Lautan Pasifik yang
dirakamkan pada 18 Mei, 2011 oleh tentera laut AS. Kidd dan USS Pinkney
digerakkan ke Selat Melaka dalam operasi mencari dan menyelamat MH370
yang hilang pada Sabtu lalu. – Gambar Reuters.Amerika
Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai "petunjuk" pesawat MH370 mungkin
terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke
kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News awal
hari ini.Pegawai kanan Pentagon memberitahu stesen televisyen AS itu pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu.
"Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai kanan berkenaan dipetik berkata mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Sabtu.

