Sebuah akhbar tempatan hari ini didapati membuat laporan yang dilihat
tidak kena dengan ‘tempat’ berhubung insiden pesawat malang MH370.
Dalam artikel itu, akhbar terbabit menyiarkan beberapa kemungkinan yang
mungkin menjadi penyebab kepada misteri kehilangan MH370.
Namun, yang tak sedapnya, juruterbang membunuh diri turut diselitkan
sebagai salah satu daripada kemungkinan yang mungkin wujud dalam perkara ini.
Walaupun ini cumalah telahan dan andaian sahaja, namun seharusnya penulis
itu memikirkan perasaan ahli keluarga Kapten Zaharie Mohd Shah dan juga
juruterbang, Fariq Abdul Hamid yang mungkin terkesan dengan artikel
dangkal sebegitu.
Diharapkan selepas ini semua pihak media, dan orang ramai di luar sana lebih
berhati-hati apabila menulis sama ada melalui media cetak mahupun media
elektronik agar tidak menyentuh sensitiviti sesetengah pihak berhubung insiden
MH370.