Mereka yang mengikuti laman Instagram Abby Abadi, pastinya akan terlihat gambar-gambar serta caption yang boleh dikatakan berbaur tentang permasalahan rumah tangga.
Abby seperti nak berkongsi permasalahan yang dihadapinya dan meminta peminat mendoakan kebahagian mereka.
Antara caption di IG Abby:
abby_abadi112: “Dari awal kenal… beli cincin… uruskan pernikahan… nikah… saat2 indah… dugaan bersilih ganti… ujian datang & pergi.. Akhirnya… mohon doa kalian… doakan yang terbaik untuk kami.. untuk yang terakhir kali…”
Pelbagai pertanyaan peminatnya tentang apa yang telah dikongsikan.
Apa yang boleh kita katakan, hadapi dengan tabah, tentu ada jalan penyelesaian terhadap sesuatu dan semoga kebahagian itu bersemi selamanya!!