Seorang mangsa maut apabila sebatang pokok tumbang di Jalan Development Kepong Metro Prima pada pukul 6:02 petang semalam.
Menurut pihak bomba, mangsa meninggal dunia bukanlah disebabkan dihempap pokok tetapi mungkin kerana terkejut atau masalah kesihatan.
Mangsa merupakan seorang wanita berbangsa Cina berusia 42 tahun.
Pihak Balai Bomba Dan Penyelamat Jinjang telah ke tempat kejadian sekitar jam 6:14 petang, kata Mohd Razi Mohd Zin, Pegawai Operasinya, Pegawai Bomba Kanan 2.
“Kejadian berlaku berkemungkinan disebabkan hujan lebat petang tadi namun tiada kerosakan harta benda dilaporkan” katanya lagi ketika dihubungi Astro AWANI.