Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, pergolakan politik di Terengganu
dilihat semakin parah antara Umno negeri itu dengan Umno Pusat sehingga
wakil rakyat mereka secara sukarela keluar dari parti itu.
“Pergeseran mereka parah. Dulu cakap Pas dan KEADILAN parti yang tak
boleh tadbir. Tapi kita lihat secara terang-terangan pergolakan Umno
lebih dahsyat lagi,” kata Nizar kepada Keadilandaily.
Sebelum ini, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Nizar di Perak
ditumbangkan pada 2009 dengan taktik lompat parti oleh dua Adun KEADILAN
iaitu Kapten (B) Mohd Osman Jailu, Jamaluddin Mohd Radzi serta Adun
DAP, Hee Yit Fong.
Kini, di Terengganu tragedi sama berulang apabila tiga Adun BN
mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas iaitu Datuk Seri
Ahmad Said (Kijal) Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).
Nizar berkata, Datuk Ahmad Said dilucutkan jawatan sebagai Meneteri
Besar Terengganu kerana dia mempunyai krisis dengan Timbalannya iaitu
Datuk Seri Idris Jusoh yang merupakan orang kanan Timbalan Perdana
Menteri ,Datuk Seri Muhyiddin Yassin.
“Mereka dari dulu tiada persefahaman, ada perbalahan yang jelas. Tak
mustahil Ahmad Said boleh digugurkan,” tambah Nizar yang juga Adun
Changkat Jering.
Jelas Nizar, apa yang berlaku di Terengganu membuktikan kegagalan
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang bukan sahaja gagal mentadbir
negara, malah tidak mampu mengurus negeri dibawah pentadbiran BN
sendiri.
Dalam pada itu, kata Nizar ada tangan tersembunyi dalam Umno yang
berniat menjatuhkan Ahmad Said, selain budaya tikam-menikam sesama
sendiri dalan parti itu.
“Ada orang ketiga yang mahu hancurkan seseorang yang tidak disukainya
lagi. Prinsip Umno memang macam itu. Jatuhkan orangnya sendiri kerana
ada kepentingan,” ulas Nizar.