Menteri
Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar)
mengesahkan salah seorang daripada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Umno Terengganu yang sudah menjadi wakil rakyat bebas telah
kembali kepada parti tu.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu bagaimanapun tidak menamakan Adun yang
kembali menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu itu.
"Kedudukan terkini Umno kembali kepada 15, PAS 15, PKR 1, dan calon bebas 2," katanya kepada The Malaysian Insider.
Lewat malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said
dan Adun Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar Umno, tidak sampai 24 jam
selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai ketua
eksekutif baru negeri itu.
Awal pagi ini, Adun Bukit Besi, Roslee Daud menyertai Ahmad dan Ghazali untuk keluar dari Umno.