Ahli Parlimen Gombak, Mohammed Azmin Ali diarahkan keluar dari Dewan Rakyat hari ini setelah cuba mempertahankan hujahnya untuk membangkitkan usul perilaku hakim yang diletakkan sebagai perkara terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.
Azmin berkata tindakan Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sangat mengecewakannya dan alasan yang diberikan sangat tidak kukuh.
“Saya minta penjelasan mengapa usul penting dan menepati perlembagaan untuk membincangkan perilaku hakim ditolak sewenang-wenangnya