Ping.sg Curi jering RM8 penjara 7 tahun | Kongsi Info

Curi jering RM8 penjara 7 tahun

Seorang buruh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas dakwaan mencuri sekarung buah jering di sebuah kebun di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, di sini, pada Mac lalu.



Abd Saad Mad Nor, 36, dari Batu 10 1/2 Sungai Udang, di sini, bagaimanapun tidak mengaku bersalah di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif selepas pertuduhan dibacakan.

Tertuduh didakwa mencuri sekarung buah jering bernilai RM8 milik Mazlan Abd Kadir di sebuah kebun di Batu 11 1/2, Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, jam 3.15 petang pada 25 Mac lalu.
http://www.kongsiresepi.com/read/7029/1231/ Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my