Suzila Ismail, 32, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah
selepas tersepit, manakala suaminya Wan Mohd Khairul Irwan Wan
Kamaruddin, 33, patah kaki.
Turut berada di dalam kereta dipandu Wan Mohd Khairul Irwan adalah
anak perempuannya berusia lima tahun yang turut patah tangan kanan.
Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian terbabit.
Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi di Jalan Kota
Bharu-Pasir Puteh, dekat Kampung Padang Kala ketika tiga beranak itu
dalam perjalanan ke tempat kerja Suzila di Panji, di sini.
“Ketika tiba di laluan itu, kereta Perodua Kancil dinaiki mangsa
bertembung dengan Proton Gen 2 yang mengundur kenderaannya dengan laju
sehingga terbabas ke laluan berkenaan.
“Akibat pertembungan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan
mayatnya di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), manakala
suami dan anaknya di rawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II,”
katanya.-Harian Metro