Ping.sg 5 Alasan Suami Curang | Kongsi Info

5 Alasan Suami Curang

Hubungan suami isteri adakalanya hambar dan muncul pelbagai masalah
apabila usia perkahwinan mencecah 10 tahun. Kadang-kadang tak sampai 5
tahun usia perkahwinan pun suami sudah mula buat hal. Kenapa boleh jadi
sebegitu rupa?

Berikut merupakan 5 “alasan” mengapa si suami berlaku curang:


*1. Zuriat -  Isteri tidak dapat atau tidak mampu memberikan zuriat
Isteri tidak dapat atau tidak mampu memberikan zuriat. Zuriat merupakan
antara perkara penting dalam sesuatu rumahtangga. Ya ini memang benar
tapi kita tidak boleh menyalahkan isteri kerana ini semua ketentuan dan
kehendakNya. Siapalah kita untuk mencabar kekuasaanNya, betul tak? Ini
semua dugaan yang Allah berikan untuk menguji kita tentang ikatan
perkahwinan. Tetapi alasan ini seringkali digunakan oleh si suami untuk
mencari yang lain.


2. Tabiat - Suami tabiatnya memang suka berfoya-foya
Memang tertekan kalau suami tabiatnya memang suka berfoya-foya. Manusia
boleh berubah tetapi itu semua atas kehendak sendiri. Kalau suami memang
nak berubah, sebelum kahwin pun dia dah fikir nak berubahkan?




*3. Pergaulan - Suami “test market”
Ini memang banyak terjadi, kadang-kadang sisuami tiada niat pun nak
curang tetapi disebabkan bergaul dengan kawan-kawan yang suka mencabar
maka terjadilah perkara yang tidak diingini. Bila kawan-kawan mula
mencabar ego sisuami, mulalah dia nak /“test market”/ juga.



*4. Nafsu Seks -  Kurang aktiviti seks

Menjaga hubungan seks memang amat penting kerana faktor ini sangat
penting buat si suami. Tapi kita hanya manusia biasa, kadang-kadang
isteri sibuk menguruskan rumahtangga sehingga terlupa untuk menjaga
penampilan diri dan lain-lain.Perkara ini juga sering dijadikan alasan
bagi si suami untuk mencari yang lain.




*5. Tidak Tahan digoda - Suami tidak tahan digoda
Tidak dinafikan wanita diluar sana pun apa kurangnya suka menggoda.
Walaupun tahu lelaki tersebut telah berkahwin tetapi bagi mereka sangat
seronok dan sukakan cabaran untuk memikat lelaki yang sudah bergelar
suami.Kebanyakkan lelaki memang tidak tahan godaan.Niat dihati nak setia
tetapi baru kena cuit sikit dah jatuh terguling dalam dakapan wanita lain.

Inilah adalah antara lima alasan si suami untuk berlaku curang,
kadang-kadang wanita di luar sana tidak cantik mana pun tetapi
kenapa suami beralih arah?

Sebenarnya yang paling penting adalah dengan menjaga kepercayaan
pasangan kita. Kebanyakan antara kita berkahwin atas dasar cinta, jadi
pupuk dan semailah cinta tersebut sehingga ke akhir hayat. Insyallah
Allah S.W.T akan berkati perkahwinan tersebut.
http://www.kongsiresepi.com/read/7029/1231/ Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my