Sentul: Sepasang lelaki dan perempuan dipercayai membunuh diri di dalam
sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz di pusat riadah Taman Metropolitan,
Batu Muda, petang tadi.
Kedua mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam kenderaan oleh orang
awam yang berada di lokasi kejadian sebelum melaporkan kepada pihak
polis.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten komisioner Zakaria Pagan berkata,
hasil siasatan awal pihaknya percaya pasangan terbabit membunuh diri
berdasarkan kepada bau gas di dalam kenderaan berkenaan.
Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini kes diklasifiksikan sebagai mati mengejut.- myMetro