Ping.sg MH370 : Setelit Jepun temui objek baru | Kongsi Info

MH370 : Setelit Jepun temui objek baru

Anggota Pengawal Perairan Jepun (ketiga kiri) disapa oleh pasukan Disaster Relief Team Jepun dan pegawai Australia, di pangkalan RAAF Pearce, Perth pada 26 Mac, 2014. Hari ini Jepun mendapati lebih kurang 10 objek terapung yang dikatakan mungkin serpihan pesawat MH370. – Gambar Reuters, 28 Mac, 2014.  

Imej satelit dari Jepun menunjukkan dalam lebih kurang 10 objek terapung berdekatan Australia yang kemungkinan berasal daripada penerbangan Malaysia Airlines MH370, lapor AFP yang memetik sumber kerajaan Jepun.
Objek tersebut dilihat di perairan kira-kira 2,500 kilometer selatan barat dari Perth, menurut agensi berita Kyodo dan Jiji.
Imej daripada Japan's Cabinet Satellite Intelligence Center menunjukkan objek-objek sepanjang lapan meter dan empat meter lebar, dirakam antara 9AM dan 3PM (0000 GMT and 0600 GMT), pada Rabu, kata Kyodo.
Sebuah sumber kerajaan mengatakan ia mungkin bangkai pesawat yang hilang tersebut, kerana ia berada di dalam kawasan di mana serpihan dijumpai sebelum ini, kata agensi tersebut.
Jiji memetik seorang pegawai kerajaan berkata objek terapung tersebut 'kemungkinan besar' sebahagian daripada pesawat MH370.
http://www.kongsiresepi.com/read/7029/1231/ Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my