Kenapa Tiada Pengumuman Awal Daripada MAS ? | TERGEMPAR ! Okay, inilah dia sebab dan punca kenapa tiada pengumuman awal oleh Malaysian Airlines (MAS)... jom baca.....
Kenapa Tiada Pengumuman Awal Daripada MAS ?
SEPANG — Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengikut setiap prosedur
operasi standard (SOP) dalam misi menyelamat pesawat MAS, MH370 yang
dipercayai hilang di perairan Laut China Selatan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya
menerima laporan berhubung kehilangan isyarat pesawat itu pada 1.30 pagi
dan berusaha mengesan semula kedudukan pesawat berkenaan.
Pihaknya juga mendapatkan bantuan dari Vietnam dan Singapura untuk mengesan kedudukan pesawat itu.
“Kami menghubungi MAS pada 1.30 pagi untuk memaklumkan pesawat itu hilang daripada radar.
“Kami mengaktifkan pusat mencari dan menyelamat pada 5.30 pagi
kerana kami perlu mengumpulkan semua maklumat dan bantuan daripada
negara jiran dan kami menggerakkan agensi bantuan sebaik hari siang,”
katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Hotel Sama Sama di sini.
Azharuddin berkata komunikasi terakhir pesawat itu dikesan ketika
berhubung untuk memasuki menara kawalan udara, bandaraya Ho Chi Minh,
Vietnam sebelum hilang.
Sementara itu mengenai perkembangan terkini operasi, Azharudin berkata
operasi menyelamat dibuat di kawasan pesawat itu dilaporkan hilang dan
pihaknya atau pihak penyelamat Vietnam masih tidak menemui sebarang
kesan pesawat terhempas.
Sumber berita daripada BERNAMA.