Karpal, 73, didapati mengeluarkan kenyataan berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009.
Beliau berkata bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah atas budi bicara mengambil kira faktor umur serta kesihatan Karpal untuk mengetepikan hukuman penjara.
Susulan denda itu, peguam yang juga anaknya, Gobind Singh mengesahkan Karpal Singh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor sementara menunggu rayuan difailkan.
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Karpal menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika didenda lebih RM2,000 atau dipenjara melebihi tempoh setahun.
Di luar mahkamah, beberapa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) kelihatan hadir di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta lengkap dengan sepanduk bagi mendengar hukuman dan menzahirkan sokongan terhadap Ahli Parlimen DAP Bukit Jelutong, Karpal Singh.-bnbbc.my