Gambar 12 anak kapal pesawat MH370 juga telah tersebar di laman sosial dengan hashtag #PrayForMH370 (#DoaUntukMH370).
Dalam
tweet berkenaan wanita itu dengan tweethandle @Gorgxous_ seakan-akan
memberitahu kepada ayahnya agar pulang segera kerana di dalam media
seluruh dunia sudah tersebar berkenaan ayahnya itu.
“Ayah, berita tentang ayah sudah meluas di berita dan akhbar, balik
segera supaya ayah boleh membacanya, tidakkah ayah rasa teruja?,” kata
wanita itu.
Tweet berkenaan mendapat perhatian pengguna twitter lain dan ia diulang tweet sebanyak 9,944 kali.
Daripada 12 anak kapal yang sudah diketahui senarai namun nama kru yang
dimaksudkan oleh wanita ini tidak diketahui siapa tetapi yang pasti
beliau turut bertugas dalam penerbangan MH370.
Penulis cuba membayangkan bagaimana perasaan wanita itu dan juga ahli
keluarga penumpang MH370 yang lain ketika ini berdebar-debar menanti
apakah yang terjadi kepada pesawat malang itu.
MH370 hilang dari jangkauan radar pada pukul 2.40 pagi Sabtu selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam.
MH370 hilang dari jangkauan radar pada pukul 2.40 pagi Sabtu selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing
di China pada pukul 6.30 pagi hari yang sama iaitu semalam.
Bagaimanapun sehingga kini, lokasi sebenar MH370 masih tidak diketahui. – MYNEWSHUB.MY