Namun pendapat Koh tidak diendah, sedang pihak polis memperbaiki strategi ini dengan menyorok di bawah jambatan pejalan kaki pula. Kini taktik sedemikian semakin berleluasa.
Bagi penguasa berpakaian seragam kita, maruah perkara paling utama. Aksi bersembunyi di celah pepohon begini seakan mencalar kredibiliti sendiri. Ia seumpama tindakan membaling batu, sambil tangan disembunyi.
Teknologi kini digunakan bagi mengecewakan pihak polis kita. Malaysia dilaporkan memiliki 1.5 juta pengguna Waze, suatu program navigasi menggunakan Sistem Posisi Global (GPS) yang boleh dimuat turun ke telepon pintar. Selain memberi arah yang tepat ke sesuatu lokasi, ia turut memberi amaran tentang kehadiran polis di beberapa kawasan. Ia juga memberitahu samada polis terpacak jelas atau bersembunyi.
Ia mampu dilakukan kerana aplikasi interaktif ini membenarkan pengguna berkongsi maklumat tentang kesesakan dan halangan di jalan raya.
Ketika menggunakan aplikasi ini, pengguna sering melaporkan apa yang dilihat di sepanjang perjalanan, serta memberi peringatan kepada pengguna-pengguna jalan raya lain. Maklumat berkenaan sekatan, kesesakan, penutupan dan kemalangan dikongsi bersama.
Sebaik melihat aplikasi ini, ia bakal memberitahu kita kehadiran pengguna-pengguna lain, serta laporan tentang kehadiran polisi, kemalangan dan kesesakan lalulintas.
Apa gunanya peranti ini? Apakah mesej yang diberi pengguna tentang kehadiran pihak berkuasa?
Sebelum wujudnya Waze, mesej ini telah jelas terpampang. Kenderaan dari arah bertentangan sering memberi amaran lampu hadapan bagi memberitahu tentang sekatan jalanraya atau perangkap halaju pihak berkuasa.
Ia melambangkan kuasa pengguna. Kita bersatu bagi satu tujuan, dan seakan diperkasakan. Jika pihak polis faham maksudnya, mereka wajar sedar bahawa mencampuri komuniti lebih bermakna bagi mencapai kejayaan. Pihak berkuasa perlu mendengar rintihan pengguna atau mereka mungkin terpaksa bertindak melulu serta mengharamkan aplikasi itu.
Perlaksanaan kamera AES dengan papan tanda jelas mengenainya merupakan langkah awal ke arah ketelusan. Pengguna jalan raya wajar membayar saman yang dikenakan kerana telah diberi amaran mengenai kehadirannya.
Polis sudah tentu membuat dakwaan bahawa elemen kejutan masih amat diperlukan. Tetapi tidak perlulah mereka bersembunyi di bawah jambatan pejalan kaki hanya kerana mahu menghukum pengguna jalanraya. Tambahan pula, pengguna tidak lagi terkejut sebenarnya.
Elemen kejutan ini masih boleh digunakan bagi melakukan serbuan terhadap penjehayah tegar yang mengancam keselamatan negara.
Pihak berkuasa sewajarnya tidak lupa mengapa operasi lalulintas perlu dijalankan. Ianya bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Pengguna perlu disedarkan tentang pemanduan selamat. Sekiranya objektif asasnya ialah bagi mengutip hasil dari saman, lainlah pula. Mereka wajar menunggu di lampu isyarat lalulintas bagi tujuan itu. Masih ramai pengguna yang gemar melanggar lampu isyarat merah atau enggan memakai topi keledar keselamatan. Sikap ini telah lama tersemai di kalangan pengguna jalanraya. Mungkin juga penguatkuasaan baginya tidak memadai. Tambah menakutkan kita – mungkin juga komuniti memberi mesej jelas bahawa mereka tidak lagi menghormati pihak berkuasa. Maka, sudah tiba masanya bagi pihak polis mengubah strategi dan mencapai kegemilangan yang dahulu mereka kecapi. Perasaan hormat perlu difahami perbezaan dengan perasaan takut di kalangan pengguna.
Gunakan kembali walkie-talkie sebagai alat komunikasi. Telepon pintar hanya menyebabkan anggota polis kita leka dengan perisian yang dimuat turun mereka. Bagi memulihkan kredibilti, polis perlu menjauhi pepohon yang dijadikan tempat bagi mereka bersembunyi.
Sumber