(Baca Sahaja…. Percaya Jangan… Hanya Mainan Tidur…)*
Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15
pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak
dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk
selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan
dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit
berulang dan mudah merebak.
Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya.
Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya
hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas
itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok
mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka
saya teruskan juga niat tersebut.
Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya
tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya
tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan
yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..
Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23
beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…
Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka
mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi
kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini
menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya.
Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang
semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya
berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.
Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira..
“MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.
Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula
saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan
kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt.
Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang
yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai
atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.
Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak
tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke
semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh
penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.
Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring
bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan
kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama
jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….
Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat
dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan
barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang
berani bersuara.
Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil.
Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara
berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten
Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana
kumpulan ini di bawa.
Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada
sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk
tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang
lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan
izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu
angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.
Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan
burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah
di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali
burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..
Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie
tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari
dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar
dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu
dimana mereka berada.
Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat
itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah
tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari
ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan
tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak
beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka
sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.
Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari
situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip
dan beredar.
Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana
mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka
menderita. Mereka nampak lesu dan murung.
Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan
(tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam
bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood).
Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di
cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari
perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama
TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.
Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang
mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370.
Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di
kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak
dengar aduan mereka.
Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih
kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI
MH370 yang pertama……
Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik
yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang
besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta
tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa
negara yang saya kenal…
Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri
sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..?
Wallahu’alam..
---------------------
PERINGATAN…!!
Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya.
Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..
Mimpi Pertama